Judul : 2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel
link : 2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel
2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel
AMMAN: Dua rakyat Jordan terbunuh manakala seorang warga Israel cedera dalam insiden tembakan di dalam kompleks bangunan kedutaan Israel di ibu negara itu.
Dua warga Jordan itu bekerja untuk sebuah syarikat perabot, mereka masuk ke kawasan kedutaan terbabit sebelum tembakan, kata kenyataan polis sambil menambah mangsa maut ditembak dengan pistol.
Katanya, dua mangsa cedera seorang warga Jordan dan seorang rakyat Israel dikejarkan ke hospital tetapi mangsa warga Jordan meninggal dunia di hospital maut akibat parah.
Israel melarang insiden itu dilaporkan dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenainya.
Keganasan terhadap warga Israel jarang berlaku di Jordan, negara itu dikawal ketat selain menjadi sekutu kuat serantau dengan Amerika Syarikat.
Namun, ketegangan di antara kedua-dua negara meningkat sejak Israel memasang pengesan logam di pintu masuk masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, selepas dua polis Israel ditembak mati tiga lelaki bersenjata Arab Israel, Jumaat lalu.
Langkah keselamatan baharu itu mencetuskan pertembungan paling berdarah dalam keganasan Israel Palestin sejak bertahun-tahun.
Jordan sebelum ini menggesa pengesan logam itu dibuka dan beribu-ribu warga negara itu juga turut membantah tindakan Israel. - Reuters
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uqiVsF
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel 2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel
Sekianlah artikel 2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/2-rakyat-jordan-terbunuh-dalam-kedutaan.html
0 Response to "2 rakyat Jordan terbunuh dalam kedutaan Israel"
Catat Ulasan