Judul : 3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7
link : 3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7
3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) hari ini melakukan pemvaksinan terhadap 3,604 ekor anjing di Padang Bola Keranjang Batu 7.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN), setakat ini sejumlah 17,844 ekor haiwan kesayangan diberi vaksin melibatkan 10,204 ekor anjing, 7,595 ekor kucing dan lain-lain 45 ekor.
"JPVS setakat ini telah mengadakan sebanyak 109 kempen kesedaran mengenai wabak penyakit Rabies di kampung dan sekolah di kawasan terlibat yang dihadiri 21,411 peserta," menurut kenyataan JPBN.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak menjelaskan, secara kumulatif dalam tempoh 2 hingga 24 Julai, sebanyak 355 kes gigitan baharu dikesan.
Daripada jumlah itu, hanya bahagian Serian yang melaporkan sebanyak 23 kes gigitan pada hari ini.
Ia menjadikan kes kumulatif gigitan anjing yang berlaku sejak 1 April hingga hari ini berjumlah 805 kes.
"Seramai 482 orang telah datang untuk menerima suntikan vaksin," ujar kenyataan tersebut.-Sarawakiana
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uoXIB6
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel 3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7
Sekianlah artikel 3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7 dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/3604-anjing-divaksin-di-batu-7.html
0 Response to "3,604 Anjing Divaksin Di Batu 7"
Catat Ulasan