Judul : 9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak
link : 9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak
9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak
SAN ANTONIO, Texas: Sembilan orang disyaki pendatang maut semalam selepas berhimpit dalam trak terlebih panas yang ditemui di sebuah lot parkir Walmart di Texas, manakala 30 lain dirawat di hospital.
Polis berkata, kejadian itu jelas satu jenayah 'kejam' pemerdagangan manusia.
Pihak berkuasa berkata, 17 pendatang yang dibawa ke hospital selepas ditemui pada awal pagi di sini, kira-kira dua jam perjalanan dari sempadan Mexico, dalam keadaan kritikal, mengalami strok haba dan dehidrasi.
Sekurang-kurangnya 39 pendatang disumbat dalam treler, termasuk seorang yang ditemui di kawasan hutan berhampiran, kata pendakwa raya persekutuan dalam satu kenyataan.
Ketua Bomba Charles Hood berkata, sekurang-kurangnya dua mangsa adalah kanak-kanak.
Tidak jelas berapa ramai pendatang disyaki itu melarikan diri.
Ketua polis bandar William McManus memberitahu CNN, mangsa yang maut kesemuanya lelaki dewasa. -AFP
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uqMlXI
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel 9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak
Sekianlah artikel 9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/9-pendatang-maut-berhimpit-dalam-trak.html
0 Response to "9 Pendatang Maut Berhimpit Dalam Trak"
Catat Ulasan