Judul : Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ
link : Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ
Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ
Hasrat Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi pengganti Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia semakin berkobar-kobar apabila beliau memperlihatkan bukti kelayakannya kepada umum ketika merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Pandan.
Petang tadi, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu menayangkan kejayaan beliau daripada seorang pekerja yang makan gaji sehingga menjadi seorang ahli perniagaan serta video pendek memaparkan segala asam garam beliau sejak berkecimpung dalam karier politik.
“Saya juga ada kelayakan saya. Lihat saja pada tayangan video sebentar tadi.
“Soal kelayakan, soal pendidikan, soal kebolehan, masing-masing ada kelebihan,” kata Jamal.
Pada Jumaat lalu, ketika berucap dalam majlis perasmian mesyuarat Pemuda UMNO Sungai Besar, Jamal dilaporkan meluahkan hasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO jika jawatan itu kosong selepas PRU-14.
Pada 2013, Khairy membayangkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang yang dijangka pada tahun depan.
Sementara itu, diminta mengulas bagaimana beliau bakal mengetuai pergerakan Pemuda UMNO, Jamal berkata terlalu awal untuk beliau memperincikannya.
“Pada saya bagaimana nak ketuai Pemuda bergantung kepada keputusan pilihan raya akan datang, apa pun niat, cadangan dan harapan ia mungkin boleh berubah dengan keputusan pilihan raya akan datang,” katanya.
Bagaimanapun, Jamal berkata kempen untuk beliau menjadi calon akan dimulakan sebaik sahaja usaha Barisan Nasional menawan Selangor tercapai.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, enam, tujuh bulan mungkin akan berlakunya pilihan raya dan selepas itu barulah saya akan menggerakkan jentera untuk memastikan niat saya untuk menjadi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia tercapai.
“Tapi pada waktu sekarang ini kita fokus untuk memenangkan kawasan saya sendiri dan membantu Tan Sri Noh Omar memenangkan BN Selangor daripada Pakatan Harapan,” kata Jamal.-BNBBC.my
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uqFKN1
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ
Sekianlah artikel Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/jamal-yunos-pamer-kelayakan-untuk-jadi.html
0 Response to "Jamal Yunos Pamer Kelayakan Untuk Jadi Pengganti KJ"
Catat Ulasan