Judul : Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng
link : Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng
Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng
Apa anda akan buat sekiranya kekasih anda seorang yang terlalu ‘berkira’ atau dalam bahasa kasarnya kedekut - anda bersedia untuk meneruskan hubungan cinta itu?
Memetik portal worldofbuzz.com, seorang gadis meluahkan rasa terkilan terhadap sikap bekas teman lelakinya yang terlalu ‘berkira’ sehingga dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan.
Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook UTAR Confessions page, gadis itu mendakwa dia nekad memutuskan hubungan dengan teman lelakinya selepas beberapa insiden yang membuktikan lelaki itu memang kedekut termasuk melibatkan isu membeli mi goreng.
“Jika kamu ada teman lelaki yang selalu bersikap berkira terhadap kamu dan bahkan dia minta beberapa ringgit semula untuk makanan yang dia belikan kepada kamu, kamu rasa hubungan itu masih boleh diteruskan?
“Dia membeli sebungkus mi goreng kepada saya yang berharga RM5.50, jadi saya bayar kepadanya tetapi dia mengatakan wang itu tidak cukup kerana dia menambah mi goreng ‘extra’ dengan tambahan harga sebanyak RM1.50. Jadi, saya segera mengeluarkan RM2 dan memberikan wang itu kepadanya. Bukan saya tidak mahu membayar, tetapi dia tidak memberitahu bahawa dia mengambil mi goreng tambahan,” demikian menurut gadis itu dalam kemaskini pada 19 Julai lalu.
Lebih mengejutkan, gadis itu mendakwa insiden sedemikian bukan pertama kali dilakukan bekas teman lelakinya, sebaliknnya ia sudah berulang kali berlaku.
Cerita gadis itu lagi, insiden sama berlaku minggu lepas ketika mereka mahu ke Ipoh, Perak untuk menonton wayang dan lelaki itu ‘mengingatkannya’ mengenai kenaikan harga petrol.
“Saya segera mengeluarkan RM20 dari dompet saya dan mengatakan kepadanya wang itu untuk bayaran petrol. Awalnya, dia menolak untuk mengambil duit itu tetapi saya berkeras dan dia menerima wang tersebut,” katanya.
Sikap kedekut lelaki berkenaan juga dikongsi dalam insiden lain di mana bekas teman lelaki gadis itu menawar untuk menjemputnya di stesen bas memandangkan cuaca hujan.
Sifat ‘romantik’ lelaki itu membuatkan gadis itu begitu gembira kerana dakwanya, sebelum ini bekas teman lelakinya tidak pernah berbuat demikian. Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama.
“Keesokan harinya, dia memberitahu saya bahawa biasanya dia berkongsi duit minyak dengan rakan-rakannya yang menumpang keretanya ke kelas. Dia kemudian tanya saya, ‘Tapi saya sudah menjemput awak hari sebelumnya, jadi bagaimana kalau kita berkongsi kos?’
“'Saya kemudian memberitahunya bahawa dia baharu sekali menjemput saya dan jika dia betul-betul mahukan duit itu, dia mungkin boleh tanyakan kawan-kawannya apa yang perlu dibuat.'
"Selepas dia berunding dengan kawan-kawannya, mereka memberitahu dia bahawa tiada masalah jika saya tidak membayar memandangkan saya adalah teman wanitanya,” ujar gadis itu yang dipercayai seorang pelajar.
Gadis itu mendakwa pernah cuba berbincang dengan bekas teman lelakinya mengenai isu tersebut tetapi menemui jalan buntu kerana lelaki itu mengatakan kawan-kawannya juga mempunyai sikap yang sama.
“Kerana kami menggunakan duit orang tua kami, kami perlu menjelaskannya. Apakah dia benar-benar rasa yang dia boleh mendapatkan teman wanita tanpa menghabiskan satu sen padanya?
“Maaf, dia boleh mengatakan saya seorang materialistik tetapi saya tidak boleh menerima hubungan seperti ini. Saya harap dia boleh bertemu pasangan yang boleh memenuhi apa yang diinginkan kerana saya tidak boleh,” kata gadis itu mengakhiri status tersebut.
Sehingga hari ini, status tersebut telah dikongsi lebih 1,200 pengguna Facebook dan mendapat ‘like’ lebih 7,000. - MalaysianDigest.
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uqHkOV
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng
Sekianlah artikel Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/lelaki-berkira-putus-cinta-lepas-minta.html
0 Response to "Lelaki Berkira Putus Cinta Lepas Minta ‘GF’ Bayar RM1.50 Untuk Mi Goreng"
Catat Ulasan