Judul : Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi
link : Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi
Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi
KUCHING: Mangsa kelima wabak anjing gila atau rabies meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi.
Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa Tinding Lambang, 52, daripada Kampung Remun, Serian meninggal pada pukul 10:43 malam.
“Penyebab kematian adalah ‘rabies with underlying pulmonary tuberculosis’,” katanya.
Beliau berkata berikutan kematian terbaharu itu semua lima kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia.
“Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini,” katanya.
Tinding mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei lalu.
Beliau kemudiannya mendapatkan rawatan setelah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan dan dimasukkan ke HUS pada 11 Julai untuk rawatan lanjut.
Kematian Tinding yang juga mangsa dewasa pertama menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kepada lima orang di Sarawak.
Dua adik beradik dari Kampung Paon Sungai Rimu Bakung, Serian, Monica Mazlan, 6 dan Jackson Mazlan, 4, meninggal dunia pada 4 Julai lepas sementara mangsa ketiga Alicesa Lorenna Nody, 7, dari Kampung Lebor, Gedong meninggal dunia pada 13 Julai.
Mangsa keempat Florancesia Edward, 5, dari Kampung Ampungan, Serian, meninggal dunia pada 17 Julai.
Sementara itu Noor Hisham berkata sebanyak 20 kawasan di dalam tiga bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh kerajaan negeri.
“Sehubungan itu aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia ada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat,” katanya. – BERNAMA
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2ur1Ajv
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi
Sekianlah artikel Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/mangsa-kelima-rabies-di-serian.html
0 Response to "Mangsa Kelima Rabies Di Serian Meninggal Malam Tadi"
Catat Ulasan