Judul : Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji
link : Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji
Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji
Untuk melengkapkan perhubungan jalan pesisir Sarawak, banyak jambatan perlu dibina dan ia memerlukan masa dan kos yang tinggi.
Ia begitu penting kerana lengkapnya hubungan jalan tersebut akan menjadi nadi pembangunan ekonomi seluruh rakyat Sarawak.
Sarawak mencatat sejarah apabila jambatan terpanjang pada masa ini iaitu Jambatan Batang Sadong siap dibina menggunakan peruntukkan yang besar daripada kerajaan pusat. Kini penduduk setempat mendapat impak ekonomi yang begitu memberangsangkan.
Ketika perasmian Jambatan Batang Sadong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan akan membina Jambatan Batang Lupar dan berbincang dengan bekas Ketua Menteri ketika itu ( Allahyarham Tok Nan) agar jambatan tersebut dibina dengan peruntukan daripada kerajaan pusat dan negeri.
Beberapa hari lepas, Datuk Amar Abang Johari mengumumkan Jambatan Batang Lupar akan dibina tidak lama lagi. Tender pembinaan jambatan berkenaan akan dibuka dan inilah titik tolak kemajuan pembangunan kawasan pesisir seterusnya.
Hakikatnya, pembinaan jambatan tersebut bukanlah janji untuk piliharaya semata-mata kerana kerajaan telah merancang lebih awal kerana ia merupakan kepentingan rakyat.
Ini bermakna Najib bukan sekadar berjanji untuk rakyat Sarawak tetapi menepati setiap apa yang dikatakan dan Abang Johari merealisasikannya.
Kerjasama erat kerajaan pusat dan negeri merupakan satu kerjasama yang terbaik serta setiap pelaksanaan pembangunan bukanlah janji semasa pilihanraya seperti yang didakwa pembangkang.-Abdul Halim Jantan
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2tClwTi
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji
Sekianlah artikel Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/pembinaan-jambatan-batang-lupar-bukti.html
0 Response to "Pembinaan Jambatan Batang Lupar Bukti Najib Tepati Janji"
Catat Ulasan