Judul : 'Polis' Pakai Tangkal Dicekup
link : 'Polis' Pakai Tangkal Dicekup
'Polis' Pakai Tangkal Dicekup
Sudahlah menyamar sebagai polis, pakai tangkal pula.
Itu yang dilakukan peniaga nasi lemak sebelum ditahan selepas 'memeriksa' orang awam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 4 pagi, hari ini.
Seorang daripada orang awam yang 'diperiksa' lelaki itu berkata, dia didatangi lelaki berusia 20-an yang menunggang Yamaha 135 LC.
"Dia tahan saya dan jerit meminta kad pengenalan serta lesen. Bagaimanapun, apabila saya meminta menunjukkan kad kuasa, dia pergi 'periksa' orang lain pula.
"Saya mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan kejadian itu kepada dua anggota polis yang kebetulan berada di kawasan itu," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Sumber berkata, anggota polis itu kemudian menahan lelaki menyamar polis itu di Dataran Merdeka dan pemeriksaan menemui tangkal yang disimpan di bawah tempat duduk motosikalnya.
"Suspek ditahan dan mendakwa tangkal yang diperbuat daripada kain dan benang selain berbau kapur barus itu bertujuan melindungi motosikal daripada kemalangan atau mengalami masalah seperti kerosakkan enjin," katanya.-myMetro
from SARAWAKIANA http://ift.tt/2urv4Oa
By Kabar Melayu
Demikianlah Artikel 'Polis' Pakai Tangkal Dicekup
Sekianlah artikel 'Polis' Pakai Tangkal Dicekup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'Polis' Pakai Tangkal Dicekup dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/polis-pakai-tangkal-dicekup.html
0 Response to "'Polis' Pakai Tangkal Dicekup"
Catat Ulasan