Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah

Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah - Hallo sahabat Kabar Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, Artikel Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah
link : Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah

Baca juga


Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah

DATUK Syeikh Fadhil Awang, 68, dilantik sebagai Mufti Kedah baru berkuat kuasa Rabu lalu menggantikan Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad yang tamat kontrak.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri DiRaja Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau percaya Syeikh Fadhil adalah calon yang sesuai untuk diangkat ke jawatan Mufti Kedah bagi menggantikan Syeikh Muhamad Baderudin yang tamat kontrak selepas berkhidmat dengan penuh komitmen sejak 2009 hingga 2017.

“Saya ingin ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Syeikh Fadhil yang mendapat perkenan daripada pihak Tuanku Sultan Kedah untuk dilantik sebagai mufti kerajaan negeri yang baru berkuat kuasa Rabu lalu.

“Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Syeikh Muhamad Baderudin yang berkhidmat dengan penuh kecemerlangan dalam mengangkat martabat agama Islam di negeri Kedah ke tahap yang ada pada hari ini,” katanya pada kenyataan, tadi.

Syeikh Fadhil dilahirkan pada 18 Jun 1949 di Kampung Pida 7, Jalan Sanglang, Kodiang.

Beliau menerima pendidikan awal di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan dan Sekolah Agama Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang pengajian tafsir dan ulum al-Quran.

Beliau juga pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan Islam Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri pada 1981 hingga 1984.

Beliau kemudian bertugas sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1984 hingga 2005.

Selain itu, beliau juga dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Kedah pada 2002, Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Ahli Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Ahli Lembaga Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji/JAKIM.

Lensa Muafakat Kedah
from PenangKini http://ift.tt/2umbT9W
By Kabar Melayu


Demikianlah Artikel Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah

Sekianlah artikel Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/syeikh-fadhil-awang-mufti-baharu-kedah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Syeikh Fadhil Awang Mufti Baharu Kedah"

Catat Ulasan