Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia

Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia - Hallo sahabat Kabar Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, Artikel Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia
link : Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia

Baca juga


Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan 1.5 juta pekerja warga Bangladesh sebenarnya berdaftar dengan kerajaan mereka untuk bekerja di luar negara dan bukannya ke Malaysia semata-mata.

Timbalan perdana menteri berkata jumlah sebenar kemasukan warga Bangladesh ke Malaysia bergantung kepada keperluan syarikat-syarikat tempatan.

“Tidak ada satu-satu syarikat yang dilantik untuk membawa mana-mana mereka masuk. Melalui sistem atas talian, majikan memohon untuk mendapatkan pekerja berkenaan secara terus tanpa melalui ejen atau mana-mana syarikat," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) yang ingin tahu maklumat terperinci syarikat manakah yang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke dalam negara, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menafikan laporan dokumentari media asing yang disiarkan baru-baru ini mendakwa kononnya berjuta-juta pekerja asing tanpa dokumen bekerja di negara ini.

Katanya hasil siasatan terhadap program itu mendapati rakaman telah dilakukan enam bulan lepas dan disiarkan secara bersiri.

Beliau berkata masalah itu tidak timbul lagi setelah kerajaan mengadakan permohonan secara dalam talian bagi pendaftaran pekerja asing, katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Wan Azizah mengenai laporan media asing itu.

-Bernama
from PenangKini http://ift.tt/2vQFQwW
By Kabar Melayu


Demikianlah Artikel Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia

Sekianlah artikel Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/zahid-nafi-15-juta-pekerja-bangladesh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zahid nafi 1.5 juta pekerja Bangladesh kerja di Malaysia"

Catat Ulasan