Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin

Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin - Hallo sahabat Kabar Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, Artikel Kabar, Artikel kata Hishammuddin, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin
link : Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin

Baca juga


Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin

KUANTAN: Tindakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) disifatkan sebagai tindakan terdesak sehingga membelakangkan sendiri kepemimpinan pakatan berkenaan.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, isu lebih besar yang perlu dilihat dalam tindakan berkenaan adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mahu keputusan sama ada untuk menerima Hindraf menganggotai Pakatan Harapan perlu dibincangkan dalam kerangka gabungan itu dahulu.

"Nampak sangat tiada kesepakatan dan tindakan Dr. Mahathir itu satu tindakan terdesak. Mungkin dibuat kerana pertimbangan peribadi atau emosi.

"Itu satu petanda bahawa semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak keretakan mereka (Pakatan Harapan)," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Paya Besar di sini hari ini.

Sebelum ini Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy mengesahkan rundingan yang sedang berjalan dengan PH untuk memastikan pakatan itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ujar Waythamoorthy , pertemuan dengan empat pemimpin parti dalam PH sudahpun dibuat dan kini hanya menunggu restu daripada mereka untuk menyertai pakatan itu.

Azmin yang ditanya mengenai perkara itu semalam memberitahu, keputusan sama ada untuk menerima kumpulan pendesak India itu menganggotai PH perlu dibincangkan dalam kerangka gabungan itu dahulu.

from 1 Malaysia http://ift.tt/2xfH5Xc
By Kabar Melayu


Demikianlah Artikel Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin

Sekianlah artikel Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/08/jumpa-hindraf-tindakan-terdesak-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jumpa Hindraf tindakan terdesak Tun M, kata Hishammuddin"

Catat Ulasan