6 direman kes bayi mati dalam perigi

6 direman kes bayi mati dalam perigi - Hallo sahabat Kabar Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 6 direman kes bayi mati dalam perigi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel 6 direman kes bayi mati dalam perigi, Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 6 direman kes bayi mati dalam perigi
link : 6 direman kes bayi mati dalam perigi

Baca juga


6 direman kes bayi mati dalam perigi


JASIN: Enam sekeluarga, termasuk sepasang suami isteri direman tujuh hari, bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki yang ditemui di dalam perigi di Kampung On Lok, Batang Melaka, malam tadi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Suzanna Mokhtar, bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap semua suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, semua suspek yang memakai baju lokap polis tiba di pekarangan mahkamah pada jam 9 pagi diiringi pegawai polis sebelum keluar kira-kira 30 minit kemudian.

BH malam tadi melaporkan seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui mati di dalam perigi dalamnya 6 meter, disyaki dibunuh oleh ahli keluarga sendiri.

Mayat bayi sempurna fizikal dan masih berbalut kain lampin putih itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi dengan bantuan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bayi itu dilaporkan hilang jam 7.45 malam kelmarin oleh bapa mangsa yang hadir ke Balai Polis Batang Melaka.

Katanya, susulan laporan itu siasatan lanjut dilakukan namun ada keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi terbabit,

termasuk turut menerima maklumat jiran yang mengesyaki ada mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa.

Polis menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan.-BHOnline



from SARAWAKIANA http://ift.tt/2tsEqb5
By Kabar Melayu


Demikianlah Artikel 6 direman kes bayi mati dalam perigi

Sekianlah artikel 6 direman kes bayi mati dalam perigi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 6 direman kes bayi mati dalam perigi dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/6-direman-kes-bayi-mati-dalam-perigi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "6 direman kes bayi mati dalam perigi"

Catat Ulasan