Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'

Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan' - Hallo sahabat Kabar Melayu, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Filem, Artikel Gosip, Artikel Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan', Artikel Isu, Artikel Kabar, Artikel News, Artikel Pelakon, Artikel Penyanyi, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'
link : Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'

Baca juga


Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'


TEHERAN: Iran mengumumkan telah melancarkan peluru berpandu terbaharu, Sayyad 3, ketika ketegangan memuncak antara negara ini dan Amerika Syarikat (AS).

Menteri Pertahanan, Hossein Dehghan berkata, peluru berpandu itu boleh mencapai ketinggian 27 kilometer dengan jarak sehingga 120 kilometer.

Beliau yang mengumumkan perkara itu di lokasi yang dirahsiakan semalam turut memaklumkan peluru berpandu itu boleh menyasarkan ‘pesawat halimunan’, pesawat tanpa pemandu (UAV), peluru berpandu dan helikopter.

Hossein menambah, perjanjian ketenteraan terbaharu bernilai AS$110 bilion (RM471 bilion) antara AS dengan Arab Saudi bertujuan untuk mengancam negaranya.

“Baru-baru ini kami menyaksikan pembelian besar yang dilakukan oleh beberapa negara di rantau ini sebagai tebusan kepada AS dan mereka berniat membawa masuk senjata ke rantau ini. Pembelian dilakukan bertujuan untuk mengancam Iran,” katanya yang dilaporkan portal Al-Jazeera.

Pada minggu lalu, AS menge­nakan sekatan ekonomi terhadap Iran ekoran program peluru berpandu balistik negara tersebut dan mendakwa ‘aktiviti jahat’ Teheran di Asia Barat menjejaskan ‘sumbangan positif’ di bawah perjanjian nuklear Iran 2015.

Tindakan itu memberi isyarat pentadbiran Presiden AS, Donald Trump akan me­ngenakan lebih banyak tekanan terhadap Iran.

Namun dalam masa yang sama AS berusaha mengekalkan perjanjian antara Teheran dengan enam negara kuasa besar untuk mengawal program nuklear Iran sebagai balasan terhadap keputusan menarik balik sekatan kewa­ngan dan minyak antarabangsa.-Utusan Online

from SARAWAKIANA http://ift.tt/2uXAGm4
By Kabar Melayu


Demikianlah Artikel Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'

Sekianlah artikel Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan' dengan alamat link https://kabarserumpun.blogspot.com/2017/07/iran-perkenal-peluru-berpandu-boleh.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Iran Perkenal Peluru Berpandu Boleh Sasar 'Pesawat Halimunan'"

Catat Ulasan